Strategi Beramal Soleh Cara Salman Al-Farisi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Di satu waktu ketika Rasulullah saw bersama para sahabatnya, lalu baginda mengacukan soalan kepada mereka semua yang hadir,

 

"Siapakah di antara kalian yang melakukan puasa yang terus menerus dan tidak henti-henti?’

"Saya wahai Rasulullah saw " Jawab Salman Al-Farisi yang hadir di tengah-tengah khalayak ramai.

"Siapa yang sentiasa menghidupkan malamnua?" tanya Nabi saw lagi.

"Saya wahai junjunganku Rasulullah saw," Jawab Salman Al-Farisi lagi.

"Siapa yang mengkhatamkan Al-Quran setiap hari?" Soal Rasulullah lagi.

"Saya juga mengkhatamkannya ya Rasulullah saw," kata Salman Al-Farisi.

 

Melihat keadaan tersebut, sebahagian para sahabat membangkang. Kata mereka,

"Ya Rasulullah saw, Salman adalah orang Parsi. Dia hanya mahu membanggakan sukunya sahaja terhadap kami. Dia tidak melakukan puasa terus menerus kerana hampir setiap hari kulihat dia makan seperti biasa. Dia tidak bangun sepanjang malam kerana kulihat dia tidur hampir sepanjang malam. Dia juga tidak mengkhatamkan Al-Quran setiap hari kerana kulihat dia lebih banyak berdiam daripada membaca Al-Quran.

"Wahai Polan, janganlah engkau bersikap agak meremehkan orang seperti Lukman Al-Hakim ini. Tanyalah kepadanya, kelak nanti engkau akan mendapat jawapannya " Nasihat Rasulullah  saw

"Wahai Salman, bagaimana engkau mengaku melakukan puasa sunat padahal hampir setiap hari aku melihatmu makan?" tanyanya

"Benar apa yang kamu duga. Aku hanya berpuasa sunat selama tiga hari sahaja pada setiap bulan . Tapi Allah berfilman

"Siapa yang melakukan perbuatan baik maka baginya sepuluh kali ganda seumpamanya ."

Surah Al-Anam – 160

Kemudian aku akan berpuasa pada bukan Syahban yang kulanjutkan terus sampai bulan Ramadan Semua itu dikatakan sebagai puasa sunat terus menerus.

 

"Lalu bagaimana dengan bangun sepanjang malam yang engkau katakan itu padahal engkau lebih banyak tidur berbanding bangun pada akhir malam"?" pertanyaan di acukan lagi kepada Salman Al Farisi.

"Tidak benar apa yang engkau duga. Namun aku mendengar kekasihku, Rasulullah saw  bersabda :

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan bersuci, seakan-akan dia menghidupkan malam tersebut. Dan aku sentiasa tidur malam dalam keadaan bersuci."

 

"Kemudian bagaimana dengan mengkhatamkan Al-Quran padahal hampir setiap hari engkau lebih banyak berdiam,"

Aku dengar kekasihku, Rasulullah saw berkata kepada Ali ra.

"Ya Abal Hassan, kedudukanmu di tengah umatku seperti kedudukan Qul Huallahu Ahad di dalam Al-Quran. Sesiapa yang membacanya sekali, maka dia telah membaca sepertiga Al-Quran; sesiapa yang membacanya dua kali, dia telah membaca dua pertiga Al-Quran dan sesiapa yang membacanya 3 kali, maka dia telah mengkhatamkan Al-Quran.

Sesiapa yang mencintaimu Ya Abal Hassan, sekadar lidahnya, maka dia telah memperoleh sepertiga dari iman, sesiapa yang mencintaimu dengan lisan dan hatinya, maka dia telah memperolehi dua pertiga daripada imam. Sesiapa yang mencintaimu dengan lisan dan hatinya, lalu membantu (perjuangannya) dengan tangannya, maka sempurnalah imamnya. Demi yang mengutusku dengan kebenaran,  apabila penghuni bumi ini mencintaimu seperti penghuni langit yang mencintaimu, maka tidak satu pun dari mereka yang akan diseksa dengan api neraka. Dan aku membaca Qul Huallahu Ahad setiap hari sebanyak tiga kali. "

 

 

wallahualam

 

 

Maksud Bacaan Di Dalam Solat

 

Maksud Bacaan Di Dalam Solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekian lama kita mengerjakan solat tetapi tidak ramai yang mengetahui akan maksud setiap ayat di dalam solat. Semoga ianya bermanafaat untuk semua. InsyaAllah.

Maksud Bacaan Di Dalam Solat




Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

 
Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

 
Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

 
Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

 
Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.