Skip to content

Berfikiran Positif, Berfikiran Terbuka Aktifkan Minda Menuju Kejayaan

Archive

Category: renungan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Seorang lelaki pergi ke Madinah untuk menyelesaikan suatu urusan. Beliau terlihat Imam Al- Hussain bin Ali, lalu timbul rasa kagum dalam dirinya. Ternyata Imam Al- Hussain adalah orang yang sangat anggun dan berwibawa.. Tetapi dalam hati lelaki ini mempunyai rasa dengki terhadap keluarga Ali bin Abu Talib, maka sifat dengki yang mula hilang dalam dirinya muncul kembali lalu mendorong beliau melemparkan kata-kata kasar lagi kesat kepada Imam Al- Hussain.

Namun Imam Al- Hussain bersikap sambil lewa dengan penghinaan dan kutukan yang dilemparkan membuatkan caci maki terhadap Imam Al- Hussain dan ayahnya menjadi-jadi dan bertambah teruk.

Pun begitu, Imam Al-Hussain memandang lelaki itu dengan pandangan yang redup dan penuh keikhlasan lalu berkata

Masijd Dan Makam Imam Al-Hussain bin Ali ra

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila ditimpa was-was dari syaitan, mereka akan ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan.

Senangkan hatimu dan dirimu. Semoga Allah mengampuni kesalahanku dan kesalahanmu. Sesungguhnya jika engkau memerlukan pertolongan  dariku, akan kuberikan. Jika engkau inginkan petunjuk dariku, akan kuberikan petunjuk kepadamu.

Engkau adalah orang asing di sini (lelaki itu bersal dari Syam). Kemukakanlah apa yang engkau hajatkan.’

 

Pun begitu lelaki tersebut meninggalkan Imam Al-Hussain dengan sikap yang baru. Kini dia merasa, tiada orang yang lebih dicintai di atas dunia ini selain Imam Al- Hussain dan ayahnya .

wallahualam

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Berikut adalah beberapa kisah tentang mereka yang tidak pernah putus dan bersedia menghadapi kegagalan sebelum berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang.  Kisah mereka ini adalah untuk kita semua renungi. InsyaAllah

 

Kisah Pertama

 

Suatu petang pada tahun 1962,sebaik sahaja empat pemuda muda selesai menjalani uji bakat di Syarikat Rakaman Decca, di England. Mereka dihalau dan diperlekeh oleh segelintir eksekutif muda syarikat itu.

"Muzik kamu ketinggalan zaman. Tidak akan ada siapa manusia di muka bumi ini yang akan menyukainya. Berambus!"

Mengambil kata-kata caci maki itu sebagai cabaran, keempat-empat anak muda itu akhirnya beroleh kejayaan. Mereka ialah : THE BEATLES

 

the beatles

 

Kisah Kedua

 

"Awak ini, lebih baik jadi kerani ataupun cari pasangan, kahwin ! "

kata seorang pengarah sebuah Modeling Blue Book kepada salah seorang gadis yang datang uji bakat,pada satu pagi sekitar tahun 1944.

Gadis itu, Norma Jean Baker berlalu sambil tersenyum. Langsung dia tidak berkecil hati, sebaliknya menaman satu azam.

Akhirnya dia berjaya mengegarkan dunia seni dengan nama MARILYN MONROE.

 

marilyn monroe

 

Kisah Ketiga

 

Pada tahun 1954, Jimmy Denny seorang pengarah Grand Ole Opry di Amerika memecat penyanyinya selepas satu persembahan buruk.

Katanya dalam nada cukup marah:

"Kalau begini cara awak menyanyi, awak takkan ke mana-mana. Lebih baik awak terus jadi pemandu trak sampai tua."

Penyanyi tersebut terus belalu pergi dan kemudian menjadi penyanyi yang paling popular di dunia. Beliau adalah – ELVIS PRESLEY

 

elvis presley

 

 

Optimized using My SEO Tool's automatic seo tools.