Skip to content

Berfikiran Positif, Berfikiran Terbuka Aktifkan Minda Menuju Kejayaan

Archive

Category: motivasi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Berikut adalah beberapa kisah tentang mereka yang tidak pernah putus dan bersedia menghadapi kegagalan sebelum berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang.  Kisah mereka ini adalah untuk kita semua renungi. InsyaAllah

 

Kisah Pertama

 

Suatu petang pada tahun 1962,sebaik sahaja empat pemuda muda selesai menjalani uji bakat di Syarikat Rakaman Decca, di England. Mereka dihalau dan diperlekeh oleh segelintir eksekutif muda syarikat itu.

"Muzik kamu ketinggalan zaman. Tidak akan ada siapa manusia di muka bumi ini yang akan menyukainya. Berambus!"

Mengambil kata-kata caci maki itu sebagai cabaran, keempat-empat anak muda itu akhirnya beroleh kejayaan. Mereka ialah : THE BEATLES

 

the beatles

 

Kisah Kedua

 

"Awak ini, lebih baik jadi kerani ataupun cari pasangan, kahwin ! "

kata seorang pengarah sebuah Modeling Blue Book kepada salah seorang gadis yang datang uji bakat,pada satu pagi sekitar tahun 1944.

Gadis itu, Norma Jean Baker berlalu sambil tersenyum. Langsung dia tidak berkecil hati, sebaliknya menaman satu azam.

Akhirnya dia berjaya mengegarkan dunia seni dengan nama MARILYN MONROE.

 

marilyn monroe

 

Kisah Ketiga

 

Pada tahun 1954, Jimmy Denny seorang pengarah Grand Ole Opry di Amerika memecat penyanyinya selepas satu persembahan buruk.

Katanya dalam nada cukup marah:

"Kalau begini cara awak menyanyi, awak takkan ke mana-mana. Lebih baik awak terus jadi pemandu trak sampai tua."

Penyanyi tersebut terus belalu pergi dan kemudian menjadi penyanyi yang paling popular di dunia. Beliau adalah – ELVIS PRESLEY

 

elvis presley

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Motivasi Melalui Lalat

Lalat hampir keseluruhan hidupnya ditugaskan hidup dalam suasana yang kotor.  Sememangnya lalat serangga yang pengotor, membawa penyakit dan menganggu kehidupan manusai. Ia berada di mana-mana sahaja,  Pun begitu, Allah yang menugaskan lalat untuk menyelesaikan masalah kekotoran ini. Ianya masih penuh dengan nilai motivasi.

- Lalat akan berada di mana-mana sahaja di ceruk rantau dunia ini. Samaada bersendirian ataupun secara berkumpulan. Lalat juga terdiri daripada pelbagai jenis dan bukan semuanya hinggap atas kekotoran.

- Lalat mampu membiak dengan cepat di tempat-tempat yang kotor dan menjijikan. Segala jenis kuman dan virus serta penyakit akan berada di tubuh badannya. Lalu lalat akan menyebarkannya ke seluruh dunia. Dalam masa yang singkat juga ia akan mati selepas berjaya menjalankan ‘tugasnya’.

- Sekotor- kotor lalat, Allah telah meletakkan ubat di tubuh nya untuk menjadikannya kebal dari semua penyakit yang di bawanya.  Ketahanan lalat semasa hidup memang sangat mengagumkan, ianya mati setelah sampai pada masa yang ditetapkan iaitu sekitar 6 bulan hingga satu tahun.

- Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari

Ini membawa maksud, sememangnya di lalat terdapat ubat untuk menghapuskan penyakit yang dibawanya. InsyaAllah

- Lalat sukar didekati, memiliki kepantasan yang mengagumkan. Boleh dikatakan, cara memukul lalat engan hanya menggunakan tangan adalah satu tindakan yang hampir mustahil, Cara yang lain perlu digunakan.untuk ‘menyelesaikannya’.

- Walaupun lalat hidup dalam kekotoran, berenga digunakan untuk merawat masalah luka yang sukar disembuhkan lebih-lebih lagi melibatkan penyakit Kencing Manis. Berenga akan memakan sel-sel yang mati lalu membolehkan untuk digantikan dengan sel-sel yang baru.

- Lalat kebiasaannya sukar dibentung kewujudannya. Bahkan tampa sedar, kita memang mengharapkan kehadiran lalat untuk membersihkan kekotoran yang wujud di bumi termasuklah memakan bangkai yang terbiar di tepi jalan.

- Lalat berada di mana-mana sahaja bahkan termasuklah di negara yang beriklim sejuk. Cuma ia menjadi tidak aktif bila berhadapan dengan cuaca sejuk.

-  Sifat lalat sememangnya menakjubkan. Jika ia dihalau, ia akan lari tetapi hanya sebentar sahaja. Ia akan datang semula kemudiannya. Bermakna, lalat adalah serangga yang berani. DAripada sifat inilah terbitnya perumpamaan Arab berbunyi

Lebih berani daripada lalat

yang ditujukan kepada mereka yang berani berhati kering.

-Begitulah kebesaran Allah yang mencipta sekalian makhluk di muka bumi ini. Setiap sesuatu yang mengandungi ‘kekotoran’ tidak semestinya ia bersifat negatif semata-mata. Ada juga sifat positifnya, kebaikannya. Itulah motivasi melalui lalat.

 

Optimized using My SEO Tool's automatic seo tools.