Skip to content

Berfikiran Positif, Berfikiran Terbuka Aktifkan Minda Menuju Kejayaan

Archive

Category: jati diri

 

Assalamualaiku dan salam sejahtera.

 

Aku pasti kalian pasti mengingati akan kisah ini. Kisah perang antara labah-labah dengan seekor kumbang yang besar.

Ceritanya begini

 

Seekor labah-labah kecil sibuk menyiapkan jaringan sarangnya di celah ranting di sebatang pokok. Usahanya hampir selesai dan labah-labah kecil ini sudah membayangkan ia sudah boleh berehat sambil menanti akan mangsa kecil melewati sarangnya dan tertangkap.

Pun begitu, seekor kumbang yang besar dengan sengajanya melakukan aksi stunt dengan kelajuan tinggi lalu merempuh sarang si labah-labah kecil itu lali memusnahkannya sama sekali.

Mujurlah si labah-labah kecil terselamat daripada rempuhan tersebut.

Tetapi begitulah kejadiannya, setiap kali si labah-labah kecil berjaya menyiapkan sarangnya, setiap kali itu juga si Kumbang akan terbang merempuhinya.

Tidak tahan dengan kejadian itu, si labah-labah kecil itu mengadu kepada Raja Labah-labah. Raja Labah-Labah begitu simpati dengan nasib yang menimpa si labah-labah kecil. Lalu si Raja memberi cadangan….

Keesokannya, terdapat belasan sarang labah-labah di belakang sarang si labah-labah kecil. Raja Labah-Labah terlah mengarahkan sarang-sarang tersebut dibuat bukan sahaja untuk membantu si labah-labah kecil, tetapi juga ia akan menjadi perangkap maut untuk si kumbang.

Sebaik sahaja matahari mula menyinar, kumbang kembali terbang dengan niat untuk merempuhsarang si labah-labah kecil. Kumbang akhirnya menyedari, akan adanya belasan sarang labah-labah lain sewaktu ia semakin menghampiri targetnya, namun sudah terlambat ia untuk mengelak.

Rempuhan kali ini sememangnya masih memusnahkan sarang si labah-labah kecil dan beberapa sarang yang lain, tetapi akhirnya Kumbang terperangkap di sarang labah-labah yang lain yang mempelahankan kelajuan rempuhannya.

Sebaik sahaja kumbang terperangkap, kesemua labah-labah termasuk si Raja Labah-labah dan si labah-labah kecil menyuntik racun ke badan si kumbang lalu membunuhnya.

 

Moral cerita ini adalah, selemah mana pun kita..jika bersatu padu serta menggunakan helah pasti mampu menumbangkan lawan yang jauh lebih gagah. InsyaAllah

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Kadang kala kehidupan kita berada di landasan yang tepat dan betul, semuanya baik sahaja dan kita juga sering mengucapkan perkataan yang baik-baik sahaja.

Namun ada masanya dan ketika, kita seolah-olah gagal mencari jalan keluar akan masalah yang datang mencurah-curah. Ketika itu, tiada lagi ungkapan positif, hanya keluhan dan kesalan mahupun cela makian yang keluar dari bibir kita.

Sesungguhnya kita terlupa setiap perkara baik dan untung rugi adalah anugerah daripada Allah swt. Setiap kejadian itu pasti tersembunyi akan hikmah yang pastinya positif.

Jangan ditolak semua kejadian itu dengan sikap yang sombong serta bongkak seperti seolah-olah kita yang menguasai setiap peluang dan kejadian.

Jangan ditolak setiap kejadian dan perkara baik yang datang kepada kita kerana ianya pasti tidak akan berpeluang lagi. Jika kita tidak sudi untuk menerima peluang baik yang datang, ucapkanlah perkataan SYUKUR kepada Allah kerana dipertemukan dengan peluang yang baik dan bagus tersebut.  Berdoalah agar kita akan bertemu dengan peluang yang jauh lebih baik.

Jangan ditolak juga setiap kejadian buruk yang menimpa kita, kerana setiap kejadian buruk dan ujian itu bermaksud Allah sedang memerhatikan kita. Memerhati dan melihat akan hamba kesayangan-Nya menerima dan pasrah akan dugaan yang datang menimpa.

Jangan ditolak peluang yang baik kerana ianya adalah hadiah untuk kita semasa hidup di dunia. Jika ditambah dengan rasa syukur, sudah pasti akan ada tambahannya semasa di akhirat. InsyaAllah.

Jangan ditolak akan kejadian buruk yang menimpa kita dengan ucapan kesal dan menolak takdir. Bersyukurlah kerana pasti ada insan lain yang diuji dengan dugaan yang jauh lebih berat berbanding dengan ujian yang menimpa kita.

Sesungguhnya Allah hanya akan menguji hamba-hamba-Nya berdasarkan kemampuan setiap hamba-Nya menangani ujian dan dugaan.

Jangan ditolak lagi peluang, ujian yang datang kerana setiap apa yang Allah berikan kepada kita TIDAK ADA BURUK NILAINYA. SEMUANYA INDAH SAHAJA. InsyaAllah

 

 

Optimized using My SEO Tool's automatic seo tools.