Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Berikut adalah beberapa kisah tentang mereka yang tidak pernah putus dan bersedia menghadapi kegagalan sebelum berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang.  Kisah mereka ini adalah untuk kita semua renungi. InsyaAllah

 

Kisah Pertama

 

Suatu petang pada tahun 1962,sebaik sahaja empat pemuda muda selesai menjalani uji bakat di Syarikat Rakaman Decca, di England. Mereka dihalau dan diperlekeh oleh segelintir eksekutif muda syarikat itu.

"Muzik kamu ketinggalan zaman. Tidak akan ada siapa manusia di muka bumi ini yang akan menyukainya. Berambus!"

Mengambil kata-kata caci maki itu sebagai cabaran, keempat-empat anak muda itu akhirnya beroleh kejayaan. Mereka ialah : THE BEATLES

 

the beatles

 

Kisah Kedua

 

"Awak ini, lebih baik jadi kerani ataupun cari pasangan, kahwin ! "

kata seorang pengarah sebuah Modeling Blue Book kepada salah seorang gadis yang datang uji bakat,pada satu pagi sekitar tahun 1944.

Gadis itu, Norma Jean Baker berlalu sambil tersenyum. Langsung dia tidak berkecil hati, sebaliknya menaman satu azam.

Akhirnya dia berjaya mengegarkan dunia seni dengan nama MARILYN MONROE.

 

marilyn monroe

 

Kisah Ketiga

 

Pada tahun 1954, Jimmy Denny seorang pengarah Grand Ole Opry di Amerika memecat penyanyinya selepas satu persembahan buruk.

Katanya dalam nada cukup marah:

"Kalau begini cara awak menyanyi, awak takkan ke mana-mana. Lebih baik awak terus jadi pemandu trak sampai tua."

Penyanyi tersebut terus belalu pergi dan kemudian menjadi penyanyi yang paling popular di dunia. Beliau adalah – ELVIS PRESLEY

 

elvis presley