Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seorang wanita tua yang panjang umurnya kini usianya menjangkau 92 tahun, selalu datang ke klinik seawal pukul 8.00 pagi untuk mendapatkan rawatan.
Walaupun cacat penglihatan, dia tetap bersolek cantik dan berpakaian kemas dengan rambutnya didandan rapi.
Setelah menunggu beberapa jam di lobi, wanita tua itu tersenyum manis apabila diberitahu bilik rawatannya telah siap.
"Puan, mari saya tunjukkan bilik rawatan puan," kata jururawat sambil memimpin tangan wanita itu menuju ke tangga bergerak.
Sambil berjalan, jururawat memberi sedikit gambaran mengenai bilik yang disediakan.
"Kami menyediakan bilik puan dengan peralatan yang lengkap bersama tirai yang digantung cantik," kata jururawat itu.
"Terima kasih…. saya sukakan bilik itu. Segalanya kita yang tentukan, nak gembira atau sebaliknya. Saya percaya, semuanya bergantung pada pemikiran kita," kata wanita itu tersenyum.
"Tapi….. macam mana puan boleh katakan puan sukakan bilik itu, kita belum sampai lagi ke bilik," tanya jururawat hairan.
"Fikiran saya kata begitu. Setiap pagi saya akan buat keputusan sama ada memikirkan kepayahan atau bangun dengan penuh kegembiraan, lalu saya bersyukur kepada Tuhan yang memberi peluang saya bernafas lagi," jawab wanita tua itu.
"Usia tua sama seperti akaun bank. Kita akan keluarkan apa yang telah lama kita simpan," kata wanita itu lagi, yang mengaku dia hidup sendirian selepas suaminya meninggal dunia.
Sambil tersenyum, wanita tua itu mengingatkan jururawat itu tentang lima prinsip amalannya selama ini.
* Sentiasa bebaskan hati daripada rasa benci.
* Bebaskan pemikiran daripada kebimbangan.
* Menerima dengan seadanya susunan takdir.
Barangkali inilah rahsia panjang umur wanita tua ini…bisik hati jururawat.
dipetik daripada majalah Mastika-Februari 2004
Jangka hayat umat Nabi Muhammad SAW biasanya pendek jika berumur panjang itu bonus untuk mendapat beribadat dan bertaubat
betul tu bro. bukan semua orang berpeluang merasai umur panjang. jadi kena hargai sebetul2nya