Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di sebuah kampung yang aman tinggal seorang alim yang amat makbul akan doanya. Setiap kali beliau menadah tangan, insyaAllah doa tersebut akan makbul dengan kadar yang cepat. Oleh itu penduduk kampung yang berhajat atau berkeinginan sesuatu pasti meminta Orang Alim tersebut mendoakan mereka. Orang Alim tersebut tidak pernah menghampakan permintaan orang kampung cuma dengan satu syarat, orang yang berkeinginan tersebut mestilah mengaminkan doa Orang Alim itu.
Pada satu hari, datanglah seorang penduduk kampung yang miskin ke rumah Orang Alim tersebut. Hajatnya cuma satu sahaja iaitu Orang Alim itu dapat membantunya berdoa agar kehidupannya bertambah baik dan senang.Namun Orang Alim tersebut menolak untuk berdoa dan hanya berkata….
" Jika kamu ingin merasai kesenangan dalam hidup, Hendaklah kamu bersyukur setiap masa kepada Allah swt"
Cadangan Orang Alim kepada si Miskin tadi ternyata membuatkan si Miskin berada dalam keadaan marah. Sudah pastinya dia tidak setuju. Orang miskin beranggap Allah berlaku tidak adil kepadanya serta sering mengabaikannya. Jadi mengapa perlu diucapkan rasa syukur kepada Allah. Akhirnya orang miskin berlalu begitu sahaja.
Pada hari yang berlainan pula, datanglah seorang penduduk kampung yang sangat kaya raya. Harta melimpah ruah namun masih ada rasa kegusaran dan kerisauan si Orang Kaya. Niatnya ialah agar si Orang Alim sudilah mendoakan beliau jatuh miskin dan hartanya berkurangan. Si Orang Kaya sudah bosan menjadi orang kaya.
Tetapi Orang Alim menolak untuk mendoakan agar si Orang Kaya menjadi miskin. Beliau hanya berkata begini kepada si Orang Kaya….
" Jika inginkan kesusahan yang berpanjangan dalam hidup, jangan sesekali ucapkan rasa syukur kepada Allah. Jadikan ia sesuatu yang tidak bermanafaat"
Si Orang Kaya merasa aneh dengan cadangan si Orang Alim itu. Mana mungkin Orang kaya mengabaikan ucapan syukur kepada Allah. Bukankah Allah telah menganugerahkan kekayaan yang melimpah ruah? Bukankah Allah yang memberikan kebahagiaan kepada ORang Kaya. Si Orang Kaya tentunya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut lalu berlalu begitu sahaja.
Apa yang terjadi seterusnya ialah…
1) Si Orang Miskin menjadi papa kedana miskin pada tahap yang paling kritikal. Ini kerana beliau tidak pernah mengucapkan rasa SYUKUR kepada Allah atas apa juga sebab. Beliau melupakan Allah dan menjauhkan diri dari Allah serta menyalahkan Allah.
Maka Allah menambah kemiskinannya dan melupakannya.
2) Si Orang Kaya menjadi bertambah kaya raya dengan harta bendanya serta anak pinak. Beliau menjadi orang paling kaya di daerah tersebut. Ini kerana beliau tidak lupa untuk mengucapkan rasa SYUKUR kepada Allah atas apa juga sebab. Beliau sering mengingati Allah dan berterima kasih kepada Allah.
Maka Allah menambah kekayaan dan menjadikannya kekasih Allah.
Itulah perbezaan antara Syukur dan Tidak bersyukur.
wallahualam
salam minta share k..tq so much…