Labah-labah dan Kumbang

 

Assalamualaiku dan salam sejahtera.

 

Aku pasti kalian pasti mengingati akan kisah ini. Kisah perang antara labah-labah dengan seekor kumbang yang besar.

Ceritanya begini

 

Seekor labah-labah kecil sibuk menyiapkan jaringan sarangnya di celah ranting di sebatang pokok. Usahanya hampir selesai dan labah-labah kecil ini sudah membayangkan ia sudah boleh berehat sambil menanti akan mangsa kecil melewati sarangnya dan tertangkap.

Pun begitu, seekor kumbang yang besar dengan sengajanya melakukan aksi stunt dengan kelajuan tinggi lalu merempuh sarang si labah-labah kecil itu lali memusnahkannya sama sekali.

Mujurlah si labah-labah kecil terselamat daripada rempuhan tersebut.

Tetapi begitulah kejadiannya, setiap kali si labah-labah kecil berjaya menyiapkan sarangnya, setiap kali itu juga si Kumbang akan terbang merempuhinya.

Tidak tahan dengan kejadian itu, si labah-labah kecil itu mengadu kepada Raja Labah-labah. Raja Labah-Labah begitu simpati dengan nasib yang menimpa si labah-labah kecil. Lalu si Raja memberi cadangan….

Keesokannya, terdapat belasan sarang labah-labah di belakang sarang si labah-labah kecil. Raja Labah-Labah terlah mengarahkan sarang-sarang tersebut dibuat bukan sahaja untuk membantu si labah-labah kecil, tetapi juga ia akan menjadi perangkap maut untuk si kumbang.

Sebaik sahaja matahari mula menyinar, kumbang kembali terbang dengan niat untuk merempuhsarang si labah-labah kecil. Kumbang akhirnya menyedari, akan adanya belasan sarang labah-labah lain sewaktu ia semakin menghampiri targetnya, namun sudah terlambat ia untuk mengelak.

Rempuhan kali ini sememangnya masih memusnahkan sarang si labah-labah kecil dan beberapa sarang yang lain, tetapi akhirnya Kumbang terperangkap di sarang labah-labah yang lain yang mempelahankan kelajuan rempuhannya.

Sebaik sahaja kumbang terperangkap, kesemua labah-labah termasuk si Raja Labah-labah dan si labah-labah kecil menyuntik racun ke badan si kumbang lalu membunuhnya.

 

Moral cerita ini adalah, selemah mana pun kita..jika bersatu padu serta menggunakan helah pasti mampu menumbangkan lawan yang jauh lebih gagah. InsyaAllah

 

This entry was posted in jati diri, motivasi and tagged by admin. Bookmark the permalink.

About admin

Saya adalah penulis yang sentiasa ingin berfikiran positif atas apa jua urusan. Anda bebas untuk membaca dan copy setiap artikel saya ke blog anda dengan syarat, anda wajib meletakkan sumber link saya pada artikel yang di copy. Tolong hormati hasil karya saya seperti mana anda ingin dihormati seadanya. terima kasih