Luiz Urzua, Gaya Kepimpinan Yang Cemerlang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

33 Pelombong Yang diselamatkan. Luis Urzua, Gaya Kepimpinan Yang Cemerlang

33 Pelombong Yang diselamatkan. Luis Urzua, Gaya Kepimpinan Yang Cemerlang

Pada tarikh 14 Oktober 2010 ,dunia sudah menyaksikan drama kisah benar bagaimana kesemua 33 orang pelombong Tembaga dan Emas yang terperangkap di bawah tanah sedalam hampir 700 meter berjaya diselamatkan.

Kejadian yang berlaku di lombong San Jose ,Chile ini sememangnya mendapat liputan yang meluas di seluruh dunia. Para pelombong yang terperangkap ini akhirnya berjaya di selamatkan selepas hampir 70 hari terperangkap di lombong yang gelap dan menakutkan sejak 6 Ogos lagi.

Cerita lanjut boleh di baca di sini dan di sini.

Luis Urzua, Gaya Kepimpinan Yang Cemerlang

Luis Urzua, Gaya Kepimpinan Yang Cemerlang

Namun apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah Gaya Kepimpinan Yang Cemerlang seperti yang ditonjolkan oleh ketua pelombong yang terperangkap. Beliau benar-benar memiliki gaya kepimpinan yang cemerlang ketika menghadapi suasana yang getir dan sukar bersama-sama pekerja bawahannya. Berikut adalah antara perkara yang dilakukan demi menjamin pekerja bawahannya kekal bermotivasi dan memiliki harapan untuk di selamatkan.

  • Beliau kekal bersemangat dan menyakinkan kesemua pelombong yang mereka semua akan diselamatkan. Kesemua pelombong berada dalam keadaan lapar, dan atas arahannya makanan dan air susu mula di catu. Setiap pelombong hanya makan satu sudu teh Tuna dan minum setengah gelas susu pada setiap 48 jam. Ini berlaku selama 17 hari sehinggalah pihak penyelamat mengetahui kesemua pelombong berada dalam keadaan baik serta masih hidup.
  • Beliau memastikan setiap pelombong berada berhampiran serta mempunyai teman bagi mengelak berlakukan kehilangan komunikasi antara setiap pelombong. Berada dalam keadaan terperangkap dalam tempoh masa yang lama iaitu hampir 70 hari memaksa kesemua pelombong perlu kekal dalam keadaan berdisplin.
  • Setiap pelombong di beri tugas supaya mereka tidak berada dalam kegusaran. Tujuan tugas dan perkerjaan adalah untuk memastikan setiap pelombong berada dalam keadaan fokus dan yakin untuk diselamatkan. Ini termasuklah usaha mencari air bersih dan memastikan keadaan gua tempat mereka berkumpul di sinari dengan lampu walaupun ianya hanya sekadar lampu suluh.
  • Usaha mencari air tawar berjaya dan ini menambah keyakinan para pelombong kerana mereka sudah memiliki air yang bersih serta udara bersih yang mampu membuatkan mereka bertahan lebih lama. Bahkan sewaktu sebahagian pelombong merungut tiada gunanya ada air jika tanpa makanan, beliau masih mampu menjawab dengan lemah lembut, bahawasanya mereka memerlukan air dan meyakinkan mereka semua akan selamat serta kekal fokus ke arah itu.
  • Beliau adalah pelombong terakhir yang dikeluarkan setelah melihat kesemua pelombong bawahannya berjaya diselamatkan. Ini betul-betul mencerminkan gaya kepimpinan beliau kerana lebih mementingkan kesejahteraan pelombong bawahannya.
  • Semua pelombong yang diselamatkan memuji akan tindakan dan gaya kepimpinan beliau, namun beliau setelah diselamatkan memuji kesemua pelombong bawahannya kerana patuh pada perintah dan kekal berdisplin.
  • Atas kecemerlangan beliau, usaha tanpa henti daripada pihak penyelamat serta izin daripada Allah, kita semua dapat melihat senyuman girang di bibir setiap pelombong yang terselamat, ahli keluarga, penduduk Chile dan juga penduduk dunia sebagai satu bukti keajaiban.

    Bahkan ada usaha untuk menerbitkan satu filem sempena kejayaan yang gemilang ini. Sudah pasti kita mengetahui hero dan watak utama jalan cerita ini adalah beliau iaitu Luiz Urzua.

    No related content found.