Dalam situasi ingin menyiapkan entri Blogger Yang Terdesak , aku betul- betul terdesak lantas tersepit dengan idea aku sendiri. Nak olah macammana ye? Mujurlah aku sempat berfikir panjang semasa sibuk dengan tugasan harian dan diselamatkan oleh Gaban Tersepit. Di sini aku akan berkongsi Blogger Yang Terdesak (siri bercakap dengan gaban tersepit) dengan korang semua. Bagi sesiapa yang pernah membaca entri Blogger Yang Tersepit tentu sedia maklum siapa Gaban Tersepit yang dimaksudkan. Tolong cover line dia ye. Siri bercakap dengan Gaban Tersepit ini akan menceritakan bagaimana detik awal dia mengenali si Ustazah Cun itu.
Blogger Yang Terdesak: Apa kabar Tuan Gaban? Harap Tuan Gaban tidak keberatan untuk ditemuramah dan sudi digelar Gaban Tersepit.
Gaban Tersepit: Eden tak kisah. Apa ko nak tanya Jang?
Blogger Yang Terdesak: Boleh tak Tuan Gaban Tersepit berkongsi cerita detik-detik awal Tuan Gaban Tersepit mengenali si Ustazah Cun itu? Tentu menarik ceritanya, boleh dibuat filem. Saya difahamkan Tuan Gaban Tersepit mengalami situasi sukar semasa ingin mengenalinya.
Gaban Tersepit : Memang Eden alami situasi yang sulit dan terdesak masa Eden nak kenal Cik Ustazah Cun itu. Memang sukar nak diterima oleh akal yang waras. Orang yang gila pun tentu tak percaya Eden berjaya juga Eden berkawan dengan si Ustazah Cun itu. Masa Eden nampak dia dulu, memanglah dia ni cun habis. Suka senyum kat semua orang, berbudi bahasa. Tapi Eden tak kisah apa pun, sebab Eden dah berkahwin. Wife Eden pun dah nak bersalin anak no2. Dalam otak Eden, Eden fikir si Ustazah Cun tu mesti dah ada pakwe ataupun masuk kerja kilang sebab gagal dalam periksa SPM. Dalam masa Eden pandang rendah pada dia, keputusan SPM pun keluar.
Blogger Yang Terdesak: La….baru habis SPM rupanya si Ustazah Cun itu?
Gaban Tersepit : Tulah pasal. Rupanya si Ustazah Cun itu budak yang otaknya genius.dia dapat result SPM yang cukup cemerlang. Memang Eden terkejut monyet + beruk. Takut Eden.
Blogger Yang Terdesak: Apa kaitan dengan hubungan Tuan dengan kelulusan yang dia dapat?
Gaban Tersepit : Itulah perbezaan yang Eden nampak lantas membuka mata hati Eden. Dia memang berbeza, ko bayangkanlah Si Ustazah Cun yang pintar, tidak sombong , sanggup berkerja sambilan 12jam shift kat production. Cantik , bijak dan tidak tersangkut dengan keegoan adalah pakej lengkap untuk jadi menantu mak aku. Dia pasti penuh dengan motivasi, keyakinan serta penuh dengan sikap positif. Dia boleh jadi pendorong dan pemberi pendapat yang bagus
Sebab itulah Eden ingin berkawan dengan dia.Bukan senang kita boleh jumpa insan berjaya depan mata kita. Betul tak? Eden pernah bersalam dengan Zamri Nanyan, Patric chan, Noorizam Shah dan Jamal Pakar E-book. Cuma dengan Clark Kent aka Mr Rohaizad aje yang Eden belum pernah bersalam lagi.
Tapi si Ustazah Cun ini, insan yang dianggap hebat juga tetapi bukan berasal dari dunia IM. Sudah pasti banyak perbezaan yang kita boleh pelajari daripada insan hebat yang berasal dari dunia lain. Pada mulanya, Eden fikirkan si Ustazah Cun tu alien yang datang melawat ke kilang tempat Eden berkerja sambil menunggu UFOnya yang rosak diperbaiki. Lalu Eden buat keputusan untuk mengenalinya lebih dekat.
Blogger Yang Terdesak: Lalu apa yang Tuan lakukan untuk mendekatinya?
Gaban Tersepit : Eden pergi berbual dengannya selama sejam lebih kurang. Sebenarnya itulah kali pertama dan kali terakhir Eden berbual dengannya, peluang sebegitu tidak pernah muncul lagi sesudah itu. Apa yang Eden perhatikan melalui mata kasar dan mata hati Eden, Eden dapati dia memang sesuai untuk Eden jadikan kawan. Sebab memang Eden Nampak sikapnya sebelum ini terserlah dengan aura keikhlasan.
Mungkin orang lain melihat faktor keanggunannya untuk mendekatinya. Tetapi Eden melihat faktor yang Eden katakan tadi sebagai sebab utama Eden ingin mengenalinya. Dia berbeza dengan kebanyakan rakan yang suka berfikiran sempit, negative dan suka melihat keburukan rakan yang lain.
Blogger Yang Terdesak: Adakah Tuan Gaban terus dapat mengenalinya dan bertukar nombor handphone? Ataupun Tuan Gaban terpaksa menggunakan khidmat tok bomoh untuk mencuri hatinya?
Gaban Tersepit : Eden nak berkawan dengannya bukan sebab nak ajak dating atau nak minta no handphone. Semua tu mengarut. Eden nak belajar bermotivasi dengannya. Satu lagi Eden tak perlukan khidmat bomoh untuk sihirkan dia. Semua tu syirik. Apa, ko tak belajar kat sekolah ka? Sihir tu syirik.
Blogger Yang Terdesak : Apa yang Tuan Gaban lakukan seterusnya? Dah makin suspen rasanya.
Gaban Tersepit : Beginilah, biar Eden cerita panjang lebar sekarang. Ko jangan nak menyampuk ye. Setelah Eden berbual dengannya, Eden berfikir panjang apa langkah yang seterusnya untuk Eden dapat luahkan keinginan Eden. Pada masa yang sama, Eden cuba letakkan batas pada diri Eden. Eden sebolehnya ingin elakkan pertemuan dua mata, berdua-duaan orang cakap. Nombor handphone pun Eden nak elakkan, juga Eden menolak konsep adik angkat atau pakcik angkat. Eden Cuma ingin mengenali dia di internet kerana Eden memang aktif di internet. Internet lebih mudah walaupun nanti Ustazah Cun berada UK sambung belajar.
Rakan tempat Eden berkerja sudah fikir bukan-bukan. Mereka fikir yang Eden memang nak mengorat si Ustazah Cun. Pada pandangan mata mereka, Eden lakukan misi yang mustahil. Ada yang cakap suruh Eden cerminkan muka dulu, cakap mustahil, cakap yang si Ustazah Cun tak akan melayan Eden langsung.
Pada masa yang sama, Wife Eden suruh Eden mula bercuti kerana dia sudah terasa ingin bersalin. Eden turutkan keinginannya kerana Eden takutkan sayangkan Wife Eden. So, Eden pun start bercuti untuk menjaga Wife Eden yang sudah hampir sampai masanya. Ini bermakna, Eden mungkin tidak berpeluang lagi bertemu dengan si Ustazah Cun bila kembali berkerja kerana dia boleh jadi sudah berhenti kerja.
Bayangkan betapa terdesaknya Eden berdepan dengan situasi sebelum dapat mengenali si Ustazah Cun.
Tapi Eden percaya pada diri Eden sendiri, fikir positif. Lantaran Eden tak nampak cara yang lain, Eden lakukan solat hajat supaya urusan Eden dipermudahkan. Wife dipermudahkan semasa bersalin, juga urusan Eden ingin berkawan dengan si ustazah Cun.
Dipendekkan cerita yang panjang, Eden pergi ke Pesta Buku Antarabangsa mencari buku untuk dihadiahkan kepada Ustazah Cun. Eden memang terdesak sebab terpaksa tinggalkan Wife yang sudah overdue tarikh dan usaha ingin mendekati Ustazah Cun. Akhirnya Wife Eden izinkan Eden pergi, Eden bertawakal sahaja kepada Allah. Eden beli 2 buah buku.
Pada masa yang sama, Eden terjumpa dengan Jamal Pakar E-book. Jamal belanja Eden makan KFC padahal hari esoknya merupakan hari lahirnya.
Sampai di rumah, Eden bersyukur sebab wife Eden masih sihat waafiat dan belum ada tanda ingin bersalin. Wife Eden tolong balutkan buku tersebut, dan Eden minta rakan sekerja yang tinggal berhampiran sampaikan kepada Ustazah Cun. Eden harap Ustazah Cun sudi terima hadiah yang tak seberapa itu.
Blogger Yang Terdesak : Jadinya Ustazah Cun terima hadiah tu..dan Tuan dapat berkawan dengan dia?
Gaban Tersepit : Eden dah cakap jangan menyampuk. Tentang soalan itu, Ustazah Cun menolak pemberian hadiah atas alasan tak mengenali Eden. Rakan-rakan Eden yang baik dengan Ustazah Cun juga tak berani memujuk dia. Eden tidaklah terasa sangat dengan penolakan itu, sebab itu hak individu.
Tapi Eden takkan bagi hadiah tu pada orang lain sebab hadiah itu hanya untuk Ustazah Cun sahaja. Peluang yang ada semakin samar.
Eden seolah-olah akan mengalami kuwalahan (kekalahan). Namun hati Eden memujuk Eden supaya bersabar dan pasrah dengan ketentuan. Pasti ada yang terbaik yang Allah ingin berikan kepada Eden.
Wife Eden akhirnya selamat melahirkan anak kedua kami. Baby lelaki yang dinamakan Ladfe Farris. Eden menemani Wife Eden semasa dia berhempas pulas dalam proses kelahiran tersebut. Cuti disambung untuk menguruskan penghantaran Wife pulang ke kampung. Juga menguruskan pertukaran Ladfe Ali Ridha ke sekolah di kampong. Eden dah berjaya kurangkan kekalahan yang Eden rasakan. Eden tidak merasa terdesak lagi.
Bila semua urusan selesai, tinggal satu hari lagi sebelum berkerja. Sesuatu telah terjadi….. Seorang rakan sekerja,juga rakan kepada Ustazah Cun ingin menjadi rakan Facebook Eden. Setelah membenarkan, Eden melihat profilenya. Eden melihat sesuatu yang Eden cari selama beratus tahun beberapa minggu ini. Nama Ustazah Cun ada dalam senarai nama kenalan rakan Eden tadi.
Memang Eden terkejut, dan teragak-agak. Akhirnya Eden memberanikan diri untuk menjadi rakan Facebook nya. Ustazah Cun menerima pelawaan Eden tetapi masih bersalah anggap. Eden terpaksa hantar message kepadanya untuk menerangkan kenapa Eden ingin berkawan dengannya. Kami bertukar pendapat dan idea setelah saling kenal mengenali. Eden juga cakap padanya yang Eden sampai buat solat hajat untuk mengenalinya. Memang Ustazah Cun terkejut mendengarnya.
Apa yang Eden rancangkan menjadi dan Allah makbulkan permintaan Eden. Eden betul-betul menjadi seorang yang berdisplin dan berpegang pada batas syarat yang Eden sendiri letakkan.
Rakan- rakan yang sebelum ini mengutuk semuanya tidak percaya dengan apa yang terjadi. Tapi masing-masing tidak berani ingin mengata Eden di depan.
Blogger Yang Terdesak: Ustazah Cun sudah berhenti kerja? Bagaimana persahabatan Tuan Gaban dengannya sekarang ini?
Gaban Tersepit : Benar dia sudah berhenti kerja. Untuk pengetahuan ko, Ustazah Cun menerima kembali hadiah yang sebelum ini direject, pada hari lahirnya yang ke 18 tahun. Dia suka dengan buku tersebut. Eden pernah lihat dalam picture di Facebooknya buku-buku itu di atas meja belajarnya.
Eden dan Ustazah Cun tidak lagi seperti dulu, kami sudah kembali dicengkam kesibukan. Tapi aku mula melihat hubungan ini ke arah yang lebih bermanafaat. Lantaran hubungan ini dibina atas keizinan Allah, maka biarlah semuanya kerana Allah. Biarlah apa orang lain nak kata apa pun. Eden tetap anggap Ustazah Cun sebagai Teman Sejati yang akan sering Eden kenang dalam hidup Eden. Kerana semuanya kerana Allah, setiap kali teringatkan Ustazah Cun, Eden akan rasa insaf dan ingin jadi orang yang baik-baik.
Blogger Yang Terdesak : apa yang Tuan Gaban harapkan sekarang?
Gaban Tersepit : Eden pada mulanya menolak konsep adik angkat, tetapi bila difikirkan kembali. Eden teringin nak jadikan Ustazah Cun yang baik hati itu sebagai adik angkat Eden. Tak ada sebab yang khusus, Cuma inginkan hubungan yang lebih kukuh kerana Allah.
Eden dah buat solat Hajat dan solat Istikharah. Sekarang keputusan terletak pada Allah untuk memakbulkannya, dan Ustazah Cun untuk memikirkannya. Eden pasti, Ustazah Cun juga akan lakukan cara yang sama.
Blogger Yang Terdesak : InsyaAllah.. Allah akan memakbulkan permintaan hamba-Nya yang berdoa. InsyaAllah juga Ustazah Cun akan menimbang keinginan Tuan dari sudut yang positif. InsyaAllah.
Jadi apa kata akhir sebelum kita menutup siri bercakap yang panjang lebar ini?
Gaban Tersepit : Percayalah pada diri sendiri dan percaya pada Allah. Sentiasa serahkan urusan kita kepada Allah, bukannya menyuruh orang lain menilainya untuk kita. Walaupun orang sekeliling tidak percayakan anda, ingatlah akan hukum Law Of Attraction (Hukum Tarikan) dan tetapkan keinginan kita di tempat yang tinggi. InsyaAllah Allah akan permudahkan.
Jangan lupakan juga konsep doa dan usaha kerana tanpa doa dan usaha sudah pasti setiap tindakan anda berada dalam keadaan slow. Kekalkan juga dalam keadaan berfikiran positif.
Blogger Yang Terdesak : Terima kasih banyak-banyak kepada Tuan Gaban. Kesimpulannya, sentiasalah percaya dengan apa yang anda usahakan. Pelbanyakkan usaha mendekatkan diri kepada Allah. Allah pasti akan membantu setiap usaha kita yang ikhlas dan baik.
Walaupun ini Cuma satu kisah yang remeh temeh, saya pasti pembaca semua akan dapat manafaat dan isi penting yang boleh dijadikan panduan dalam hidup. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Tuan Gaban, Cik Ustazah Cun dan pembaca sekalian. InsyaAllah
Gaban Tersepit : Terima kasih. InsyaAllah

fuhhh…sungguh pandai gaban ini menjwb segala soalan kontrovesi. setia sy membaca smp ke noktah terakhir. nice entry
@noreed
terima kasih
entah kenapa saya mmg suka bercerita pasal ustazah cun.
saya ada suruh dia baca. tp dia blm berpeluang lagi brgkali. sibuk dgn belajar. lgpun dia jenis pandai coverline.
Pingback: Blogger Yang Terdesak Disakat Hantu |
Kagum sungguh dengan kisah encik gaban ni, semoga segalanya dipermudahkan…
Salam Tuan Tanah.. sampai 2 entri blogger yang terdesak disubmit. hehe.. Ustazah Cun tu yang paling kanan tu ye? saja nak meneka
@Dila. 13
betullah tekaan tu. Cun tak?
secara tak sengaja boleh mengelit kat sebelah dia.ikutkan saya berada di hujung satu lagi. ini masa dia tgh salam2 last day berhenti kerja.
@Eizil
Syukur Allah permudahkan usaha saya. Saya fikir lagi 5-6tahun lagi baru boleh jumpa dia. Ikutkan, saya dah cari dia di FB dan google, tp tak bertemu juga.
Dan itulah yg paling menggembirakan, bila dapat tahu doa makbul pada saat-saat tgh terdesak.
aha… tahniah, saya dapat 10 markah! hehehe.. takpe, kalau tak jumpa kat facebook, tu mungkin dia block profile dari dijumpai oleh search engine. bersabar ye
@Dila_13
saya tak jumpa dia sebab namanya sama mcm kebykan org. satu lagi, salah taip nama daaa…
terbaik la Gaban Tersepit..setiap soalan dijawab dengan bijak dan teratur..apa citer la agaknya Ustazah tu sekarang..
Salam perkenalan.
T/kasih kerana berkunjung ke blog saya.
Kisah yg menarik & pengajaran yg bagus.
@Hadi Rofiee
terima kasih juga kerana sudi melawat di sini.
Ianya persahabatan yg unik n indah. lgpun kesukaran itu yg membuatkannya bernilai.
@Khairolghani
ustazah cun menyambung pelajaran di sebuah Kolej di Selatan Malaysia. Dia bercadang nak jadi doktor gigi. doakan agar dia berjaya mencapai cita2nya. InsyaAllah
gambar kat atas tu memang semuanya cun..batal ke puasa aku ni,,hehehehe
@duit internet
thank sbb sudi lawat kat sini.
betul..kat picture tu semuanya cun. tapi skrg 2 org dah berhenti kerja
Pingback: Bila Semua Blogger Menulis Tajuk Yang Sama |
Pingback: Renungan Daripada Blogger Yang Terkentut |
Pingback: Nostagia Dan Memori Kad Raya |