(please use Google Translate to translate this entri. Thank
Bila difikirkan tentang idea dan pendapat, saya berpendapat tiada salahnya anda memberi pendapat , usul ataupun idea. Semua insan yang mempunyai akal dan berkemampuan berfikir sepatutnya boleh memberikan pendapat masing-masing. Namun terpulang kepada kepada yang empunya yang meminta pendapat samaada dia mahu menerima pendapat anda ataupun tidak.
Pendapat, idea ataupun usul boleh dikembangkan daripada satu tajuk menjadi seribu cerita yang berbeza. Anda boleh mencuba menaip perkataan BLOGGER YANG TERSEPIT di google.com. Anda akan dapati terdapat pelbagai cerita yang menggunakan tajuk yang sama iaitu Blogger Yang Tersepit. Ini adalah usul idea daripada seorang Blogger tegar yang memberi peluang setiap blogger untuk menghasilkan cerita yang berbeza daripada tajuk yang sama lalu ditumpangkan di dalam blognya. Ianya memang memberikan hasil dan persembahan yang terbaik daripada semua blogger.
Pendapat, idea dan usul boleh diberikan tanpa mengira faktor umur, senior atau junior, Tuan ataupun pekerja. Jika anda seorang yang berkedudukan tinggi, tidak ada salahnya mendengar pendapat orang bawahan. Juga ibu serta bapa, sesekali beralahlah apabila anak memberikan pendapat, idea ataupun usul. Asalkan setiap pendapat, idea atau usul itu tidak menyalahi hukum Allah ataupun hukum alam, anggaplah boleh diguna pakai.
Nabi Daud as sering meminta anaknya Nabi Sulaiman as memberikan pendapat dan idea semasa baginda menjadi raja. Ternyata Nabi Sulaiman sewaktu itu masih muda remaja lagi mampu memberikan pendapat , idea dan usul yang baik.
Nabi Muhammad saw juga menerima pendapat sahabat ra bernama Khabbab bin Munzir iaitu seorang pakar strategi perang semasa memilih tempat sewaktu perang Badar.
Nabi Muhammad saw juga membenarkan setiap pendapat yang diberikan oleh Amru Al As ra ketika beliau (Amru ) ditugaskan memimpin Pasukan Tentera Zat Al-Salasil (selepas peperangan Mu’taah. Amru Al As ra ketika itu baru sahaja 5 bulan memeluk islam, di dalam pasukan tentera tersebut antaranya sahabat utama Nabi saw seperti Abu Bakar, Saad bin Abu Waqqas, Usaid bin Khudair, Umar ,Abu Ubaidah serta beberapa orang lagi sahabat lain. Ada beberapa situasi dan keadaan yang kelihatan Amru ra tidak berkemampuan untuk memimpin lantaran banyak perkara yang dilakukan tidak menepati hukum strategi peperangan mahupun dalam keadaan hukum feqah.
Berikut adalah perkara tersebut, namun penjelasannya diterima pakai oleh Rasulullah saw
- Tidak menggunakan air untuk mandi wajib (pada malam tersebut, beliau bermimpi keluar air mani), sebaliknya hanya bertayamun lalu mengimamkan solat subuh.
Alasannya: Cuaca berada dalam keadaan sangat sejuk, begitu juga air. Sekiranya dia menggunakan air sudah pasti dia akan binasa atau jatuh sakit.
- Tidak membenarkan para tentera menyalakan api pada waktu malam kerana faktor kesejukan.
Alasannya: Bilangan tentera Islam ketika itu sangat sedikit (sekitar 300 orang), jika dinyalakan api sudah pasti tentera musuh yang sangat ramai menyedari dan akan membunuh semua tentera Islam.
- Melarang tentera Islam mengejar dan menawan musuh selepas menghampiri kemenangan.
Alasannya: Jika tentera Islam mengejar pihak musuh yang berundur, mereka akan berpecah belah. Amru Al As tidak mahu keadaan yang berpecah belah diambil peluang oleh pihak musuh untuk menyerang kembali.
Penyelesaian apabila berlaku pendebatan antara dua pihak
Apabila berlaku pendebatan atau pembalahan antara dua pihak atau kumpulan, ianya sememangnya rumit untuk diselesaikan. Pasti ada berlaku situasi saling tidak mengalah.
Namun, ada cara yang boleh dijadikan panduan ke arah penyelesaian berdasarkan Sirah Rasulullah saw
- Umum pasti mengetahui ada peristiwa banjir besar yang meruntuhkan sebahagian daripada Kaabah berlaku pada zaman Rasulullah saw sewaktu baginda belum dilantik sebagai utusan Allah. Pembesar Quraisy berebut ingin meletakkan kembali Hajatul Aswad. Hampir sahaja berlaku peperangan. Namun setelah diberi idea oleh Hakim. Keputusan yang diambil adalah seperti ini :
- Barangsiapa yang pertama masuk ke Masjidil Haram, dialah yang berhak memutuskan siapa yang layak meletakkan kembali Hajatul Aswad (keputusan ini tidak akan dibangkang oleh sesiapa)
Ternyata yang mula-mula memasuki Masjidil Haram adalah Rasulullah saw dan baginda berjaya menyelesaikan perbalahan tersebut berdasarkan kebijaksanaan baginda.
- Selepas kewafatan Rasulullah saw, para sahabat mula membuat persiapan untuk mengali kubur di rumah Siti Aisyah ra. Namun terdapat dua cara yang digunakan mengali kubur ketika itu. Orang Muhajirin mengali tanpa liang lahad, tetapi orang Ansar mengali dengan liang lahat. Mereka yang mengetuai pengebumian di kalangan Muhajirin adalah Abu Ubaidah dan di kalangan Ansar adalah Abu Talhah.
Abbas ra memanggil kedua-duanya sekali. Dia berdoa, “Wahai Allah, pilihlah cara terbaik untuk Nabi-Mu. Siapa yang sampai dahulu, kita akan gali mengkut caranya.”
Ternyata Abu Talhah dari kalangan Ansar tiba dahulu. Maka cara pengebumian mengikut cara kalangan Ansar.
Jadi, ini boleh dijadikan sebagai cara untuk mendamaikan 2 golongan yang berbalah pendapat, idea dan usul. Tetapi pihak yang berbalah tersebut mestilah dapat menerima keputusan yang diberikan oleh rakan yang dipilih untuk membuat keputusan.
Pendapat, usul dan idea mampu membuatkan suasana menjadi lebih baik, terpelihara dan tersusun. Tetapi ianya juga boleh merosakkan keadaan atau membuat ianya bertambah teruk. Semuanya ada pro dan kontra. Sama-samalah kita memberi peluang kepada diri sendiri dan juga orang lain untuk memberikan pendapat, idea dan usul.
Moga ianya bermanafaat. InsyaAllah
Pingback: Katak Yang Menyanyi |
Pingback: Broadband Yang Menciput |
Pingback: Blogger Yang Terdesak (Siri Bercakap Dengan Gaban Tersepit) |
Pingback: Blogger Yang Tersepit |
Pingback: Luangan Ikhlas Daripada Aku |
Pingback: Peribahasa Yang Buruk |
Pingback: Warkah Daripada Seorang Pemimpin |