Tazkirah Daripada Seorang Rakan Facebook

Ini adalah hadiah hari lahir yang paling berharga saya perolehi daripada seorang rakan di Facebook. Satu Tazkirah setelah beliau membaca salah satu entri di blog saya. Entri tersebut saya tulis sewaktu saya tersepit untuk meluahkan sesuatu.  Semoga ianya bermanafaat kepada semua. InsyaAllah.

Tentang SABAR, Encik dah sedia maklum, jangan langsung putus asa. Teruskan.
then,bulan ini kan bulan Rasulullah s.a.w, bulan syaaban, antara bulan yg sangat mujarab doanya..
satu rukuk,satu pintu langit Allah buka,
satu sujud,pintu langit kedua dibuka,
tadah tangan berdoa,pintu langit ketiga terbuka,
sehingga menitisnya air mata,
berikut2 lah ALLAH buka pintu langitnya. Dan banyak lagi.

Janji Allah,Allah sangat malu jika doa hamba-NYA yang dipohon tidak dimakbulkan. InsyaAllah, Doalah sebanyak mungkin, merayu dengan serendah hati kepada ALLAH. Mintalah kepada DIA.Macam mana pun, ada caranya. Perbanyakkan zikrullah, bila zikir pastikan seikhlasnya. Bukan bibir bergerak, tetapi hati ke arah lain, no point.@#$.

AL-QURAN diturunkan ada reason, kadang kala kita selalu minta orang lain membacanya, malah kita sendiri pun tau kelebihannya.
Tapi, semaksimum mana kita baca? One page per day is not enough,, even 3 page also not, bacalah sebanyak yg mungkin, sampai rasa ruginya, dhaifnya diri kalau tidak membacanya.

JIKA KITA LUANGKAN MASA DENGAN ALLAH ,INSYAALLAH ALLAH PASTI AKAN LUANGKAN MASA BERSAMA KITA.

Setiap saat adalah bermakna, terutama bulan syaaban ini. Jin,burung,siput,pohon-pohon sedang bertasbih,bersujud kepada ALLAH, bagaimana pula diri kita.? Lebihkan akhirat dari dunia, lebihkan buku- buku zikir, ALMATHURAT di tangan daripada FaceBook or benda- benda lain yang merepek. ALLAH MAHA MELIHAT apa yg kita minta pada-NYA dengan apa yang kita selalu buat. Selari atau tidak dengan permintaan kita, sebab itu apa yg kita pohon kepada Ilahi jika tidak dikabulkan or lambat sampai because of some error. Bermaksud, pastikan yg WAJIB dijaga betul-betul. Solat di awal waktu, tidak ada alasan untuk cakap tidak.

Tidak ada alasan juga untuk cakap sukarnya untuk buat puasa sunat. Selagi mampu buat, buat dan lakukanlah.

MASJID~dis is the most wonderful part,and destination in our life, siapa lagi nak makmurkan kalau bukan kita, bertafakurlah di dalamnya. Penat macam manapun, singgahlah wahai kaki,singgahlah wahai hati.

HUJAN, ALLAH basahkan bumi pasti ada sebab. Rahmat Allah, jangan sesekali lepaskan peluang menadah tangan memohon kepada-Nya (Salah satu waktu sangat makbulnya doa ialah ketika waktu hujan.InsyaAllah)

SUJUD SYUKUR, wahai Hati ketahuilah, betapa banyaknya nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita, boleh menangis rasanya bila kita bandingkan nikmat dari Ilahi kepada kita dengan tahap syukur kita pada-NYA. Sujudlah. Sesungguhnya sujud syukur itu sangat senang untuk dilakukan.

Solat HAJAT,TAHAJJUD kekalkan.

Bersedekahlah.

Doa kepada IBU BAPA sepanjang masa. Menjaga HUBUNGAN dengan orang sekeliling, berbuat baik, gembirakanlah hati mereka. BerDOAlah untuk mereka tidak kira samada hati ini pernah disakiti oleh mereka ataupun tidak. Sesungguhnya doa orang TERANIAYA insyaAllah dimakbulkan.

Ada banyak lagi rasanya dan share dengan apa yang saya amalkan dan ketahui. Tapi, one by one, amalkan, doa anak soleh/solehah insyaAllah mudah diperkenankan. Berdoalah. Kalau ada silap salah, tersinggung mana-mana harap ampun, sebagai peringatan untuk kita sebagai umat islam.

Terima kasih untuk beliau kerana tazkirah ini. Saya sentiasa menghormati beliau. Beliau sentiasa anggun dan indah di mata saya.
Semoga Allah akan terus memberikan kebaikan untuk beliau dan para pembaca.
Semoga jalan beliau dan para pembaca di dunia dan akhirat sentiasa dipermudahkan. InsyaAllah

No related content found.


Comments

Tazkirah Daripada Seorang Rakan Facebook — 5 Comments

  1. Pingback: Dia Tetap Dia Yang Aku Sayangi |

  2. Pingback: Kesudahan Dia Tetap Dia |

  3. Pingback: Blogger Yang Tersepit |

  4. Pingback: Luangan Ikhlas Daripada Aku |