RAHSIA TIDAK KHUSYUK SOLAT

Saya terfikir untuk menulis entri ini dari sudut yang berbeza, ianya sesuai dengan nada laman web ini sendiri. Semoga Allah memberi keampunan buat saya dan juga kepada para pembaca.

rahsia tidak khusyuk solat

rahsia tidak khusyuk solat

jadinya saya teringat beberapa cerita bersama rakan-rakan tentang rahsia tidak khusyuk solat.

berikut adalah antara jawapan yang diberi

  • aku tengah solat, tiba-tiba aku teringat yang sebenarnya aku lupa nak wuduk. spoil solat aku.sebab tu lah aku tak khusyuk solat.
  • teringat cerita lawak malam tadi. sebab tulah aku solat sambil senyum-senyum. Tulah rahsia aku tak khusyuk solat.
  • Solat tu kan wajib, tapi aku asyik terfikirkan masalah aku ni aje. Macammanalah aku nak khusyuk solat?
  • Nak tahu rahsia aku tak khusyuk solat. Macam ni, pak iman tu baca surah Ali-Imran la (ni kes masa bulan puasa, waktu solat terawih). Kau bayangkanlah, aku boleh siap pusing satu dunia sementara nak tunggu pak iman rukuk.
  • Surau ni dahlah kecik sekangkang kera. Yang diaorang lepak kat surau pastu bising-bising hal dunia macammana lah nak khusyuk solat. Takde tempat lain nak lepak-lepak dan tidur ke?
  • tiba-tiba aku terfikir idea nak menulis entri terbaru…masa aku tengah solat tadi. (la..patutlah kau solat terlebih rakaat).
  • terganggu dengan suara anak aku menangis. tu yang tak khusyuk tu.
  • dan alasan aku pulak :

semasa wife aku berpantang di kampung, dia memerlukan kereta. jadi aku perlu balik ke rumah dengan menaiki kenderaan awam. satu-satu kunci rumah ada pada kunci kereta. Sewaktu aku solat Zuhur yang di Qasarkan. Aku terdengar suara sumbang yang bikin solat aku tak khusyuk. katanya mcm ni, jangan lupa ambik kunci rumah kat kunci kereta. kalau tak naya je , nak tinggal kat mana nanti.

Bayangkanlah kalau aku terlalu khusyuk solat, dah tentu takde suara sumbang tersebut. Makanya aku pasti terlupa untuk asingkan kunci, dan jawabnya terpaksalah berpatah balik ataupun tidur sahaja di hotel.

RAHSIA TIDAK KHUSYUK SOLAT

RAHSIA TIDAK KHUSYUK SOLAT

Apa jua alasan yang diberikan atas sebab tidak khusyuk solat. Semoga Allah menerima setiap amalan ibadah solat kita. Semoga ianya tidak dicampakkan kembali ke muka kita serta tidak diterima amalan itu.

Semoga kita semua dapat mengimbangi solat wajib dengan ibadah solat sunat. Dengan adanya solat sunat, ianya dapat memberi markah ganti kepada setiap amal ibadah solat yang tidak sempurna perlakuannya. Solat wajib adalah umpama kita mengambil peperiksaan yang wajib. Setiap satunya miliki markah yang tersendiri.

Sudah pasti, jika solat kita tidak khusyuk, maka markahnya pasti berkurangan nanum ianya tidaklah membawa kepada pembatalan solat. Kerana itu, adalah lebih baik kita melakukan solat sunat sebagai tambahan markah. InsyaAllah, Allah akan memandang solat sunat tersebut sebagai usaha yang gigih daripada hamba-Nya yang ingin mencari kemenangan di akhirat.

Seperti yang disabda oleh Rasulullah saw :

Rabi’ah bin Ka’bin ra bertanya:

“Aku ingin bertanya tentang (bagaimana) menjadi temanmu Ya Rasulullah di dalam syurga? Bertanya Rasulullah saw: Adakah soalan yang lain? Aku menjawab: Itulah sahaja. Maka Rasulullah bersabda: Bantulah aku melalui diri kamu dengan memperbanyakkan sujud

hadis riwayat Muslim 489

Semoga kita semua akan bersama-sama dengan junjungan besar, Rasulullah saw Muhammad bin Abdullah.

No related content found.

This entry was posted in Agama Islam and tagged by admin. Bookmark the permalink.

About admin

Saya adalah penulis yang sentiasa ingin berfikiran positif atas apa jua urusan. Anda bebas untuk membaca dan copy setiap artikel saya ke blog anda dengan syarat, anda wajib meletakkan sumber link saya pada artikel yang di copy. Tolong hormati hasil karya saya seperti mana anda ingin dihormati seadanya. terima kasih

Comments

RAHSIA TIDAK KHUSYUK SOLAT — 6 Comments

  1. Pingback: Kelebihan Solat Witir |

  2. Pingback: Rindukan Lailatulqadar |

  3. Pingback: SaodahAjil's Blog

  4. Khusyuk perlukan mujahadah terhadap hati.
    Hati yg mudah terpesona dengan tipu daya dunia.(syaitan tipu kita dengan dunia supaya kita cinta pada dunia)

  5. Pingback: kata Cintakan Nabi ? Tapi.. – I Am Muslim