Mat Jenin . Siapa yang tak kenal dengan Mat Jenin.
Dari cerita orang-orang lama, Mat Jenin dikisahkan sebagai watak yang gagal dan bersifat negatif. Namun, biar kita tukar Mat Jenin menjadi sebaliknya. Moga ada motivasi yang boleh dikupas.
Salahkah Mat Jenin berangan-angan mencipta impian seperti kebanyakan manusia biasa yang juga punya impian. Salahkah Mat Jenin membuat perancangan masa depannya.
Mat Jenin merancang sehingga ingin menternak ayam..kemudian kambing..kemudian lembu, lalu berkahwin dengan puteri raya. Salahkah dia memasang impian sebegitu sehinggakan dia dianggap manusia yang rugi.
Masyarakat sekeliling Mat Jenin berfikiran rendah dengan merendah-rendahkan impiannya. Mereka terlupa sekiranya benar Mat Jenin dipanjangkan umur, sudah pasti Allah akan menjadikan impiannya sebagai satu kenyataan.
Memasang impian/angan-angan tidak salah… asalkan disertakan dengan usaha. Lalu dengan usaha itulah ianya akan menjadi kenyataan.
Melalui impian dan angan-anganlah, peluang akan dicipta. Minda dan minda bawah sedar akan berusaha sehingga menjadikan setiap impian itu satu kenyataan yang bukan mustahil.
Salahnya Mat Jenin… dia tidak panjang umur. Jika tidak…. pasti dia berkahwin dengan puteri raja pada masa yang ditentukan