Ini adalah post aku yang pertama. Blog dot com aku yang pertama. Aku masih belajar walaupun usia aku sudah cukup tua. Untuk belajar, tidak perlu ada had umur. Konsep zaman persekolahan dan universiti telah lama aku tinggalkan. Kini aku belajar untuk menjadi seseorang yang lebih baik berbanding semalam ataupun tahun lepas.
Aku menulis bukan kerana aku pandai menulis tetapi sebagai pengkongsian ilmu. Membuat blog sebenarnya tidaklah sesukar mana. Yang penting perlulah belajar. Jika malas untuk belajar, atau bertanya kepada yang arif. Anda akan gagal dalam percubaan anda. Aku pula tidak kisah untuk gagal kerana kegagalan adalah satu keperluan untuk mencapai kejayaan. Paling aku mesti mencuba setelah aku tahu akan ilmu ini. Kalau aku gagal pun, aku akan ambil sebagai satu pelajaran. Ianya adalah sesuatu yang bagus bila berlaku kesilapan dan kegagalan.
Aku tak perlu risau pada kegagalan. Kegagalan adalah pasangan secocok dengan kejayaan. Di mana ada kejayaan, di situ juga letaknya kegagalan. Di mana ada kegagalan, akan ada juga kejayaan.
InsyaAllah , kejayaan akan milik aku jua.