Pembaca..
Hidup ini ada masanya sukar untuk diertikan. Ada masanya kita hampa, kecewa , gagal serta mengalami kesusahan. Tetapi ada masanya juga kita berdepan dengan suasana yang harmoni dan riang gembira.
Memang sudah lumrah hidup ini. Agak susah untuk memulakan sesuatu dengan bersangka baik.
Melihat dua rakan sekerja berlawanan jantina kelihatan rapat, kita mula berburuk sangka. Kita akan mengagak mereka pasti ada hubungan sulit. Hebat sekali prasangka buruk kita. Tetapi, jika kita melihat dari sudut yang lain dan apabila kita bersangka baik. Kita akan menafikan perkara tersebut dan hanya mengganggap mereka hanya sekadar teman biasa dan teman sekerja.

Ataupun kita putus cinta. Dalam berdepan dengan kekecewaan itu, kita akan menyalahkan keadaan. Menyalahkan semua lelaki atau perempuan di dunia ini. Tidak lagi memberi peluang untuk kembali bercinta.
Tetapi, jika kita melihat dari sudut yang berbeza dan apabila kita bersangka baik. Kita akan nampak hikmah di sebalik kejadian putus cinta itu. Kita akan memahami setiap kali kita kecewa putus cinta, ianya memang sebahagian dari proses kehidupan.
Bersangka baik dapat menghindarkan kita dari terkena penyakit hati. Dapat mengelak untuk berburuk sangka lalu mencetuskan fitnah. Bila fitnah tercipta, ianya tidak mudah untuk diselesaikan. Kerana itulah bersangka baik merupakan sikap yang baik lagi bermanafaat.
Memang sukar untuk bersangka baik. Tetapi ianya tidak mustahil untuk dilakukan.
Dengan bersangka baik. Kita bukan sahaja mampu mengubah diri kita ke arah kebaikan. Bahkan berupaya mengubah dunia untuk menjadi lebih baik lagi. In Shaa Allah